Monday, 26 September 2016

APA ITU PROGRAM NILAM?

TAHUKAH ANDA PROGRAM NILAM?


Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.


‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.


Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.


Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.


• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini


 Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.


Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).


TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :

a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku
Pengiktirafan
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 - 359
Emas
360 ke atas
NILAM

b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku
Pengiktirafan
72 - 143
Gangsa
144 - 215
Perak
216 - 287
Emas
288 ke atas
NILAM




Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
Pengiktirafan
100 – 199
Gangsa
200– 299
Perak
300 – 399
Emas
400  ke atas
NILAM





Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan dilakukan bersempena dengan Anugerah NILAM Kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2003 hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Calon-calon dari 4 kategori iaitu calon Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar dan Sekolah Menengah Bandar akan dinilai untuk memilih pemenang mengikut kategori dan juga Tokoh NILAM Sekolah Rendah serta Tokoh NILAM Sekolah Menengah di kalangan pemenang kategori tersebut.
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.



* Pelaksanaan

 Program NILAM mempunyai dua tahap iaitu:

 Tahap I : Jauhari
Tahap II: Rakan Pembaca

 Tahap JAUHARI
  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
  • Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah
  • Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber.
  • Mula dinilai dati Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah).
Tahap RAKAN PEMBACA (RP)
  • Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.
  • Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
  • Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.
  • Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.
  • Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca.
Contoh Aktiviti Rakan Pembaca (RP)

a. Bercerita
b. Membaca Bersama
c. Bicara Buku
d. Meminjam buku
e. Pidato
f. Ulasan buku
g. dan lain-lain

 Sistem Ganjaran dan Pengiktirafan

 Tahunan
            ♦ Buku Rekod Kemajuan
            ♦ Kad Kumulatif

 Keseluruhan
 Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.

           ♦ Sijil Berhenti Sekolah
          ♦ Surat Akuan Sekolah





MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS



Menunggu giliran untuk perarakan masuk 


Bacaan ikrar diketuai oleh Ketua Pengawas PSS Nurdini Intisyar bt Zuhairi


Penyerahan sijil dan ikrar Pengawas PSS oleh Guru Besar SK Desa Cempaka , Tn Hj Hariffin b Hj Omar


KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (4 APRIL 2016 - ISNIN)


BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 4 April 2016 ( Isnin )
Tempat : Tapak perhimpunan Sk Desa Cempaka











Tarikh / Hari
Aktiviti
AJK
4 April 2016
SELASA
Perhimpunan Mingguan

Guru Bertugas Mingguan
Ucapan perasmian oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn Norlida bt Idris


Pn Norlida bt Idris
Gimik dan majlis pelancaran KM1M 2016

Pn Noorsyahida bt Ahmad Fuzi
Pn Rahmah bt Idris
Pn Naszatulsalmar bt
Ucapan Penyelaras Program dan Guru Perpustakaan dan Media

Penerangan Program NILAM
Pn Noorsyahida bt Ahmad Fuzi
Bacaan senyap serentak seluruh warga SK Desa Cempaka


Semua AJK Pusat Sumber Sekolah

Semua pengawas Pusat umber Sekolah

MINGGU NILAM DAN MBMMBI SK DESA CEMPAKA



Bersama GPK Kokurikulum , Pn Kamala bt Miswan , AJK PSS , Pengerusi Mobile Book Cafe, En Mohammad b Ali dan Ketua Satu PEN (Persatuan Penulis NS) Pn Mahaya bt Mohd Yassin 


Bengkel Cerita dan Lagu oleh Pn Mahaya bt Mohd Yassin




Van Mobile Book Cafe untuk pameran dan jualan buku



BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 22-23 Februari 2016 ( Isnin- Selasa )
Tempat : Tapak perhimpunan Sk Desa Cempaka

Tarikh/ Hari
Aktiviti
AJK
22 Februari 2016
Isnin
Majlis Pelancaran Program NILAM  2016
Bacaan doa pelancaran Program NILAM
Ucapan Pelancaran Program NILAM 2016 oleh Guru Besar
Gimik pelancaran oleh pihak Mobile Book Cafe
Penyampaian Kit NILAM kepada guru kelas
 Nyanyian Lagu NILAM
 Majlis bersurai

Semua AJK PSS
23 Februari 2016
Selasa
Bengkel “ CERITA DAN LAGU “ oleh Pn Mahaya bt Mohd Yassin , Ketua Satu PEN ( Persatuan Penulis Negeri Sembilan )
Semua AJK PSS